Pesan Imam Ghazali
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Orang tua“
Murid 2 = “Guru“
Murid 3 = “Teman“
Murid 4 = “Kaum kerabat“
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh
dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan
kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu
kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.
Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di
dunia ini ?“
Murid 1 = “Gunung“
Murid 2 = “Matahari“
Murid 3 = “Bumi“
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali= “Apa yang paling berat
didunia?“
Murid 1 = “Baja“
Murid 2 = “Besi“
Murid 3 = “Gajah“
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi
yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana
gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan
di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas“
Murid 2 = “Angin“
Murid 3 = “Debu“
Murid 4 = “Daun-daun“
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu
benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat“.
Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam
sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab =
“Pedang"
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang
paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,
manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
“.
Semoga kita bisa mengambil manfa'at dan
hikmahnya … aamiin